BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

08 January 2010

Cinta, Sayang, Suka dan Minat... ;)

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Cara2 nak cover malu.. ;)

-kalo jatuh tersungkur: Jgn terus bangun, sebaliknya anda baring dan trus
berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai..lepas tu baru bgn bila
takde org nampak.

-kalo terjatuh tangga: trus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang
berlawan dgn makhluk halus..

-kalo terjatuh dlm longkang: pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara
yg kuat, pasti org menyangka anda seorg yg amat prihatin terhadap
kebersihan...

-kalo jatuh ketika nk naik bas: jeritlah kuat2,"oi! apa tolak2 ni?"
walaupun tiada org di blakang anda...

-kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat2 pengsan sehingga ada org
membantu anda..kalo xde..baring trus sampai mlm dan takde org lagi kt bus
stop tu...haa...ni lah masa sesuai utk bangun semula..

-kalo jatuh tergelincir kt lantai licin: tarik la kawan (or sape2 yg ada
kt sebelah anda) utk jatuh same2 supaya tak lah anda sorang je yg dpt
malu..ye x? =)

Hahahahahahaha.......... ;)


Lawak1
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas.
Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.

Lawak 2
Bangla dan rakannya sedang berbual
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ??

Lawak 3
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Lawak 4
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca

04 January 2010

Awan oh awan.. :)



Awan adalah titisan jisim yg dpt d'lihat, dengan kata lain, sejumlah titis air atau hablur beku (frozen crystals) yg bergabung di atmosfera di atas permukaan bumi. Awan terbentuk akibat dari tarikan graviti ke muka bumi..

Di Bumi, awan t'hasil dari wap air yg membentuk titisan kecil atau ais kristal, biasanya 0.01 mm @ 0.00039 inch (diameter). Oleh sbb dia t'diri dari jutaan (byk) titisan air atau kristal, so it become visible. Dahsyat kan?? So tinny but also so great.. :P awan nie sgt istmwa n i really like it..


I can gain calmness by only watching n staring at it :)
For me, "Cloud is a symbol of freedom"